Sunday, October 7, 2018

Contoh kos pembinaan rumah oleh kontraktor.

Ini adalah contoh kos pembuatan sebuah rumah oleh kontraktor yang agak terkenal di Kelantan.

Harga : RM125,000
Luas : 1002 kps
Harga sekaki : RM125/kaki

Spesifikasi :

Struktur : Rangka konkrit bertulang
Dinding : Bata press & simen berlepa
Kemasan lantai : Mozek 1' x 1' untuk seluruh ruang, tandas 6' tinggi mozek
Porch : Simen render
Bumbung : Atap genting dengan kekuda besi
Siling : Siling kapur selapis semua ruang
Sanitasi : Mangkuk tandas, pancuran air, sink basuh tangan
Pintu : Kayu Meranti (utama), kayu Malaysia (bilik), PVC (tandas)
Tingkap : Cermin hitam bingkai aluminium
Cat : Cat tahan kulat (bukan premium untuk luar), cat emulsi (bukan premium untuk dalam)
Elektrik : Pendawaian satu fasa, lampu, kipas
Dapur : Kabinet konkrit bermozek panjang 10'
Tangki air : Polytank 200 gelen.

Apabila dibandingkan spesifikasi yang diberikan, saya yakin jika mengupah tukang rumah, harga yang boleh didapati adalah sebanyak RM100/kaki. Maka penjimatan adalah sebanyak RM25000.

Pemasangan wiring rumah.

Untuk memasang wiring dalam rumah, Abe Yie telah memanggil kontraktor lain. Sebelum ini, saya memberi Abe Yie RM3000 untuk deposit elektrik TNB. Saya berasa agak hairan mengapa harga agak mahal untuk bayaran deposit kerana mengikut semakan di laman web TNB deposit hanya RM1200. Isteri saya pun ada bertanya rakannya dan  harganya dalam RM1900. Kontraktor yang membuat pendaftaran tersebut ada memberi penjelasan dan saya hanya menerima sahaja penjelasan beliau. Oleh itu, apabila Abe Yie membawa kontraktor lain saya agak terkejut, setelah diberitahu oleh Abe Yie beliau juga berasa sedikit terkilan kerana harga deposit yang diberi kepada rakannya mahal. Maklumat ini Abe Yie terima setelah Abe Yie bertanya rakan - rakan beliau yang lain. Saya memberi pelan lampu dan kipas kepada kontraktor tersebut untuk membuat kiraan. Setelah beberapa hari beliau memberi harga sebanyak RM13600 untuk wiring keseluruhan rumah. Harga yang diberi adalah melebihi bajet saya dan saya mengambil keputusan untuk membeli barang wiring sendiri dan mengupah untuk pasang sahaja.

Abe Yie telah berjaya mendapatkan kontraktor elektrik yang murah setelah mendapat saranan daripada kedai menjual barang elektrik. Kos pemasangan bagi 1 point elektrik hanyalah RM30 dan kos upah memasang lampu dan kipas hanyalah RM5/unit. Saya memberi RM3000 kepada Abe Yie untuk membeli barang-barang wiring elektrik.

Pemasangan kelengkapan elektrik bermula pada 6/10/18 dan selesai pada 25/10/18. Bahagian dalam rumah selesai dipasang kelengkapan elektrik pada 18/10/18 kerana ingin cepat-cepat membasuh rumah.

Belian barang secara online.

Saya ada membuat belian barang rumah secara online. Laman web yang selalu dilawati adalah Lazada dan Shopee. Belian barang secara online dibuat kerana didapati lebih murah. Ada kalanya laman web ini menawarkan baucer diskaun tambahan yang menjadikan harga lebih murah dari yang dijual dikedai. Antara barang yang dibeli secara online ialah lampu, soket suis, kipas, pemanas air, penghawa dingin, cat dinding, cat pintu, paip air, tombol pintu. Selalunya harga adalah lebih murah 10-30% daripada kedai.

Cabaran mengurus pembinaan rumah.

Dalam menguruskan pembinaan cabaran yang dihadapi antaranya adalah:

1. Bekerja jauh dengan tapak pembinaan.
- Oleh kerana saya bekerja jauh dan isteri sibuk menguruskan hal anak maka terdapat beberapa kesukaran mengendalikan pembinaan rumah bermula dengan lakaran pelan lagi. Pelan yang dilukis adalah masih perlu diperbaiki, tetapi saya bekerja jauh maka saya menerima sahaja apa yang telah dilukis. Selain itu, pemantauan hanya dapat dilakukan pada cuti hujung minggu sahaja.

2. Pembinaan diuruskan oleh kontraktor kampung.
- Gelaran kontraktor kampung saya beri kerana Abe Yie tidak terlibat secara langsung dengan pembinaan rumah. Masalah terjadi apabila beberapa maklumat yang saya beritahu Abe Yie tidak sssai kepada tukang rumah. Sebagai contoh, pada asalnya saya ingin menukar posisi pintu tandas tetapapabila pergi ke tapak rumah, tukang rumah membuat posisi pintu di tempat mengikut pelan rumah. Selain itu, kami juga telah memberitahu Abe Yie untuk membuat saluran air untuk mesin basuh, tetapi tidak dibuat maka nding masuk ke tandas. Terdapat beberapa masalah juga seperti tidak cukup simen dan pasir menyebabkan tukang rumah terpaksa bercuti.

3. Rakan kerja kontraktor yang kurang kompeten.
- Rakan kerja Abe Yie yang didapati menjadi faktor kelewatan siapnya rumah ini adalah tukang pasang atap, tukang buat grill dan tukang buat tingkap/kabinet. Untuk pemasangan atap mengambil masa 2 bulan dan tukang rumah terpaksa bercuti kerana tidak dapat melaksanakan kerja memplaster dinding. Untuk tukang buat grill dan tukang pasang tingkap/kabinet terpaksa menelefon banyak kali untuk menyiapkan kerja mereka. Pendek kata mereka ini hanya mencemar nama Abe Yie sahaja dan tidak boleh diharap. Untuk tukang buat grill harga yang diberi adalah mahal dan tidak berbaloi. Untuk harga tingkap dan kabinet tidak pasti kerana tidak buat sebarang survey dengan kedai lain.

4. Perlu pandai mengawal perbelanjaan barang.
- Pada awalnya Abe Yie menjangkakan untuk siap satu rumah mungkin anggaran kos adalah sebanyak RM100-105/kaki. Tetapi apabila saya membuat kiraan, jika saya menyerahkan kesemua kepada Abe Yie, mungkin belanja boleh meningkat menjadi RM120-125/kaki. Ini adalah kerana Abe Yie mahu membuat rumah yang nampak cantik seperti pembinaan syiling bertingkat, penggunaan cat premium banyak lapis serta pembelian mozek mengikut citarasa tuan rumah. Untuk barang seperti cat,mozek,kelengkapan tandas perlu banyak membandingkan harga dan membuat bajet agar belanja tidak lari dari yang dirancang.


Pembinaan pagar rumah

Pada awalnya cadangan untuk membuat pagar adalah pagar chainlink sahaja. Setelah difikir banyak kali, pagar chainlink nampak kurang ekslusif oleh itu kami mengambil keputusan untuk membina pagar rumah menggunakan pagar batu. Rekabentuk pagar adalah ringkas sahaja dengan terdapat lubang angin. Anggaran kos bagi pembinaan pagar adalah sebanyak RM15,000. Panjang pagar yang dibina adalah lebih kurang 220 kaki. Pagar bahagian belakang tidak dibuat, hanya menggunakan pagar sedia ada yang dibina orang kampung iaitu pagar kerawat menggunakan jala ikan. Pagar batu akan dibuat pada masa hadapan jika cukup bajet. Pada masa ini cukup sekadar pagar batu di bahagian hadapan.

Tempahan kabinet dapur

Tempahan kabinet dapur dibuat dengan kenalan Abe Yie

Wednesday, September 5, 2018

Pemasangan siling rumah.

Pemasangan siling rumah bermula setelah selesainya pasang atap. Harga siling selapis adalah RM2.70/kps manakala yang yang ditambah skirting adalah RM3/kps. Hanya ruang tamu yang dipasang skirting manakala bilik lain tidak dipasang skirting. Untuk kaki lima juga menggunakan siling kapur. Jumlah kos keseluruhan adalah RM8,400. Untuk lebih menjimatkan boleh diatap asbestos di kaki lima. Pada asalnya memang hendak menggunakan siling biasa sahaja di kaki lima tetapi oleh kerana ingin menjimatkan masa hanya memasang siling kapur juga diluar rumah.