Sunday, October 7, 2018

Pemasangan wiring rumah.

Untuk memasang wiring dalam rumah, Abe Yie telah memanggil kontraktor lain. Sebelum ini, saya memberi Abe Yie RM3000 untuk deposit elektrik TNB. Saya berasa agak hairan mengapa harga agak mahal untuk bayaran deposit kerana mengikut semakan di laman web TNB deposit hanya RM1200. Isteri saya pun ada bertanya rakannya dan  harganya dalam RM1900. Kontraktor yang membuat pendaftaran tersebut ada memberi penjelasan dan saya hanya menerima sahaja penjelasan beliau. Oleh itu, apabila Abe Yie membawa kontraktor lain saya agak terkejut, setelah diberitahu oleh Abe Yie beliau juga berasa sedikit terkilan kerana harga deposit yang diberi kepada rakannya mahal. Maklumat ini Abe Yie terima setelah Abe Yie bertanya rakan - rakan beliau yang lain. Saya memberi pelan lampu dan kipas kepada kontraktor tersebut untuk membuat kiraan. Setelah beberapa hari beliau memberi harga sebanyak RM13600 untuk wiring keseluruhan rumah. Harga yang diberi adalah melebihi bajet saya dan saya mengambil keputusan untuk membeli barang wiring sendiri dan mengupah untuk pasang sahaja.

Abe Yie telah berjaya mendapatkan kontraktor elektrik yang murah setelah mendapat saranan daripada kedai menjual barang elektrik. Kos pemasangan bagi 1 point elektrik hanyalah RM30 dan kos upah memasang lampu dan kipas hanyalah RM5/unit. Saya memberi RM3000 kepada Abe Yie untuk membeli barang-barang wiring elektrik.

Pemasangan kelengkapan elektrik bermula pada 6/10/18 dan selesai pada 25/10/18. Bahagian dalam rumah selesai dipasang kelengkapan elektrik pada 18/10/18 kerana ingin cepat-cepat membasuh rumah.

No comments:

Post a Comment