Sunday, May 6, 2018

Pemilihan atap

Pada asalnya atap yang dipilih adalah atap genting yang murah jenama Monier atau Lama. Atap ini berharga dalam lingkungan RM1.70 sekeping. Namun apabila terbaca dalam Facebook tentang promosi atap SCG atau dikenali sebagai atap gajah, maka kami mengambil peluang tentang lebih lanjut mengenai atap ini.

Rasa ingin tahu tentang atap ini bermula pada tahun 2016 lagi. Menurut risalah promosi, atap ini lebih besar dan menggunakan kurang kekuda berbanding atap genting biasa. Bagi atap genting biasa, jarak kekuda batten adalah sebanyak 30cm atau 1 kaki tetapi bagi atap SCG ini jarak batten adalah sebanyak 1 meter. Pada ketika harga adalah yang ditawarkan adalah RM11 bagi sekeping atap. Setelah membuat kiraan kasar tentang kos keseluruhan termasuk kos kekuda, kos bagi penggunaan atap SCG adalah murah sedikit berbanding atap genting. Tetapi perbezaan harga tidaklah begitu ketara. Oleh kerana pada masa itu, kurangnya testimoni terhadap atap ini menyebabkan minat menggunakan atap ini tidaklah begitu tinggi.

Saya juga ada bertanyakan pandangan tukang mengenai atap tersebut. Tukang rumah memberitahu bahawa penggunaan atap ini tidak begitu cantik berbanding menggunakan atap genting kerana saiznya yang besar seolah-olah seperti menggunakan atap zink. Oleh itu saya bersetuju sahaja saranan tukang untuk menggunakan atap genting .

Tetapi pada beberapa hari lepas ada terbaca mengenai harga atap ini di laman Facebook syarikat Akubig. Harga yang ditawarkan untuk sekeping atap adalah RM9.30. Ianya lebih murah berbanding pada tahun 2016. Terdapat juga perkongsian video di internet oleh kontraktor Mahligai Idaman. Kontraktor ini merupakan salah satu kontraktor yang terkenal di Pantai Timur. Menurutnya atap ini lebih sejuk berbanding atap genting. Sebenarnya inilah antara faktor menarik minat saya untuk mencuba atap ini.

Oleh itu, pada 5 Mei 2018 saya dan isteri telah pergi ke cawangan Akubig di Kelantan untuk mengetahui tentang atap ini dengan lebih lanjut serta perbandingan harga berbanding penggunaan atap genting. Menurut jurujual tersebut atap ini memang lebih sejuk kerana ianya diperbuat daripada fiber. Ianya juga tidak mudah diliputi kulat berbanding atap genting. Selain itu, pengeluar memberi jaminan 9-12 tahun bahawa warnanya tidak pudar.

Perbandingan ringkas kos bagi keluasan atap 1000kps adalah seperti berikut:

Atap Gajah SCG (RM8.80/keping)

1. Jumlah Atap  : 204 kpg = RM1795.20
2. Aksesori atap : Lumpsump = RM1989.40
Jumlah = RM3784.60

Penggunaan Kekuda (Besi)
1. Batten : 25btg = RM300.00 (RM12/btg)
2. C-Channel : 60btg = RM1410.00 (RM23.50/btg)

Jumlah keseluruhan = RM 5494.60

Atap Monier Elabana (RM1.75/keping)

1. Jumlah Atap  : 1901 kpg = RM1576.75
2. Aksesori atap : Lumpsump = RM1967.50
Jumlah = RM3544.25

Penggunaan Kekuda (Besi)
1. Batten : 88btg = RM1056.00 (RM12/btg)
2. C-Channel : 68btg = RM1598.00 (RM23.50/btg)

Jumlah keseluruhan = RM 6198.25

Beza harga adalah sebanyak RM 703.65

5 comments:

  1. Error calculte tu rasenya...atap genting 1901*1.75=3327. Total
    3327+1056+1598+1967=7947
    Saving 2453 atau 30%

    ReplyDelete
  2. Penting mengikut budget.. ya.. tapi kita nak buat rumah. Atap genting simen. Ianya panas. Dan kualiti nya agak kurang baik. Colour dalam 5 tahun dah nampak pudar. Jadi no wonder harga nya murah. Atap gajah. Ianya nipis. Harga pula lebih kurang sikit dgn monier . Dan kualtiti kurang sebab nipis. Andai jatuh buah kelapa bocor. Jadi xkan lepas 10ntahun kita nak fkir pasal bumbung. Pilih lah kualiti baik sikit. Seperti atap genting tanah liat. Jenama TERREAL atau GCI ianya product kualiti yy terbaik. Harga mahal sikit. Cari agent nya. Jgn beli di hardware. Ianya mahal. Ada agent2 kilang jual harga murah.. Wassap.my01111153909

    ReplyDelete
  3. Salam.. Tuan puan spe nak pasang kekuda besi boleh whatsapp area KL selangor 0183754425

    ReplyDelete
  4. Salam.. Tuan puan spe nak pasang kekuda besi boleh whatsapp area KL selangor 0183754425

    ReplyDelete
  5. Atap gajah 204/2.2pcs/m2=92.7m2
    Atap monier 92.7x10pcs/m2=927pcsxrm 1.75 = rm 1622

    ReplyDelete